Assalamualaikum . Okay , untuk post kali ni saya nak share tentang 10 negara yang mempunyai kelajuan internet yang paling laju di dunia .
Kelajuan internet paling pantas pernah
dicatatkan di dunia adalah 32 TBps atau 32,000,000 Mbps. Ia dihasilkan oleh
penyelidik di Eindhoven University Technology di Belanda, dan University
Central Florida, menggunakan serat multi-modal. Ia bukan satu ujian, sambungan
internet ini diukur pada fiber berukuran 1 kilometer.
Dengan kelajuan ini, anda hanya
memerlukan 0.03 milisaat untuk memindahkan filem bersaiz 1GB, atau 1TB dalam masa
0.03 saat. Jika itu belum cukup hebat, cuba bayangkan, 32TBps adalah jumlah
keseluruhan trafik yang melalui internet di seluruh dunia, pada waktu puncak.
Dah ternganga tak?
Bagi Malaysia, purata kelajuan
internet adalah sepantas 8.9 Mbps. Sebanyak 52% daripada keseluruhan kawasan di
Malaysia mempunyai kelajuan internet melebihi 4 Mbps, 4% melebihi 10 Mbps dan
0.9% melebihi 15 Mbps
Nota: Purata kelajuan adalah
berdasarkan suku pertama tahun 2017
10. Amerika Syarikat
Purata kelajuan : 18.7 Mbps
Purata kelajuan puncak : 86.5
Mbps
Walaupun Amerika Syarikat
dikatakan sebagai antara negara termaju, dan negara yang menghasilkan individu
hebat dalam bidang teknologi, namun tahun 2017 merupakan kali pertama negara
ini berada dalam senarai 10 negara dengan internet terlaju.
Kelajuan 18.7 Mbps merupakan
peningkatan sebanyak 22% dari tahun sebelumnya iaitu 15.3 Mbps. Kawasan yang
mempunyai akses internet terpantas di Amerika Syarikat adalah Washington DC dan
diikuti dengan Delaware dan Massachusetts.
9. Denmark
Purata kelajuan : 20.1 Mbps
Purata kelajuan : 20.1 Mbps
Purata kelajuan puncak : 74.4
Mbps
Berada di tangga ke-9 adalah
Denmark yang mana purata kelajuan internetnya menurun sedikit daripada suku
ke-4 tahun 2016, kepada 20.1 Mbps. Liputan internet di Denmark merupakan antara
yang terbaik di dunia, dengan 94.3% daripada seluruh kawasan di negara ini
mempunyai akses internet dengan kelajuan melebihi 4 Mbps pada tahun 2015.
8. Jepun
Purata kelajuan : 20.2 Mbps
Purata kelajuan puncak :
94.5Mbps
Negara yang wajib ada dalam senarai
yang melibatkan teknologi adalah Jepun. Jepun merupakan sebuah negara yang
sangat produktif dan sangat mementingkan disiplin.
7. Singapura
Purata kelajuan : 20.3 Mbps
Purata kelajuan puncak :
184.5Mbps
Walaupun merupakan jiran
Malaysia, namun purata kelajuan internet di Singapura adalah 4 kali ganda lebih
laju. Peningkatan YoY (tahun ke tahun) kelajuan internet Singapura adalah yang
tertinggi, iaitu sebanyak 24% daripada tahun 2016, menjadikan kelajuannya
daripada 18.2 Mbps kepada 20.3 Mbps.
Ia menjadikan antara negara
terkaya di dunia ini sebagai negara ke-7 di dunia dan ke-3 di Asia dengan
internet terpantas.
6. Finland
Purata kelajuan : 20.5 Mbps
Purata kelajuan puncak :
75.1Mbps
Selain menjadi pendahulu dalam
bidang pendidikan yang terbaik di dunia, Finland juga merupakan negara dengan
akses internet terpantas di dunia. Sebanyak 15% peningkatan kelajuan daripada
tahun 2016 kepada tahun 2017, menjadikan kelajuannya sepantas 20.5 Mbps.Finland
juga merupakan di kalangan negara terbaik disebabkan oleh tahap keusahawanan
rakyatnya dan juga kualiti hidup yang tinggi.
5. Switzerland
Purata kelajuan : 21.7 Mbps
Purata kelajuan puncak :
93.4Mbps
Switzerland adalah negara yang
menduduki tangga pertama senarai negara terbaik di dunia 2017 dengan servis
kewangan yang maju dan sektor pembuatan berteknologi tinggi. Ia tidak terlepas
untuk tersenarai antara negara dengan purata kelajuan internet paling laju di
dunia.
Pada tahun 2017, kelajuan 21.7
Mbps merupakan peningkatan sebanyak 16% daripada tahun 2016.
4. Hong Kong
Purata kelajuan : 21.9 Mbps
Mbps
Purata kelajuan puncak :
129.5Mbps
Negara ke-4 di dunia, dan ke-2
di Asia dengan purata internet terpantas adalah Hong Kong. Hong Kong juga merupakan
antara negara dengan sekatan penggunaan internet terketat di dunia.
Namun ia tak menghalang negara
mengalami peningkatan kelajuan internet sebanyak 10% menjadikannya sepantas
21.9 Mbps pada tahun 2017.
3. Sweden
Purata kelajuan : 22.5Mbps
Purata kelajuan puncak :
95.3Mbps
Negara yang mempunyai ekonomi
yang stabil dan progresif, Sweden, berada di tangga ke-3 senarai ini. Pada
tahun 2016, Sweden berada di tangga ke-4 senarai ini, namun mengalami
peningkatan sebanyak 9.2%, lantas memintas Hong Kong.
Kelajuan purata internet Sweden
pada tahun 2017 adalah 22.5 Mbps.
2. Norway
Purata kelajuan : 23.5 Mbps
Purata kelajuan puncak : 85.9
Mbps
Berada di tangga kedua senarai
ini, dan pertama di Eropah, adalah jiran kepada Sweden iaitu Norway. Seperti Sweden,
Norway juga telah naik satu tangga pada tahun 2017 yang mana ia berada di
kedudukan ke-3 pada tahun 2016.
Peningkatan sebanyak 10%
membawa kepada purata kelajuan internet Norway menjadi 23.5 Mbps.
1. Korea Selatan
Purata kelajuan : 28.6 Mbps
Purata kelajuan puncak :
121Mbps
Negara K-Pop ini mengungguli
carta negara dengan purata kelajuan internet paling pantas di dunia, iaitu 28.6
Mbps, jauh meninggalkan Norway di tangga kedua. Anda pasti tidak terkejut Korea
Selatan sebagai negara dengan internet paling laju. Ia dibuktikan dengan
teknologi yang sangat ke hadapan, membuatkan apa sahaja mudah menjadi tular di
Korea Selatan.
Dan juga, Korea Selatan
merupakan satu-satunya negara dalam senarai ini, yang mengalami penurunan
kelajuan internet, iaitu sebanyak -1.7%. Namun, ia masih tetap berada di
kedudukan pertama, dan selama 3 tahun berturut-turut sejak tahun
0 comments:
Post a Comment