Pada zaman globalisasi ini, manusia bebas untuk mengakses pelbagai maklumat dengan begitu cepat. Segalanya seperti berada di hujung jari sahaja! Hanya perlu klik pada papan kekunci atau slide pada touch screen telefon bimbit. Keadaan ini juga memberi banyak kebaikan dalam bidang perubatan. Sememangnya, perubahan teknologi yang semakin hebat dan moden dapat memudahkan kerja para doktor, jururawat dan juga staf kesihatan yang lain.
Contohnya, di PPUKM, sistem yang digunakan ialah C-Hets. Tidak dinafikan sistem C-Hets yang diguna pakai banyak memberi manfaat kepada jagarawatan pesakit. Segala maklumat diri pesakit dapat diperoleh dan diakses dengan cepat tanpa perlu mengambil masa yang lama. Pelbagai keputusan ujian makmal seperti x-ray, CT Scan, MRI, Ultrasound, dan juga spesimen darah darpat diketahui dalam masa yang singkat. Apabila pegawai makmal telah menganalis spesimen yang dihantar, keputusan ujian terus direkodkan ke dalam sistem C-Hets. Dengan itu, hanya daftar masuk nama pengguna staf dan kata laluan, jururawat dapat mengakses keputusan ujian tersebut.
Merekod vital signs pesakit |
Jururawat mencatat laporan semasa pembedahan dilakukan |
Jika dibandingkan pada zaman sebelum 2000, para pekerja kesihatan perlu berulang-alik antara makmal dan wad untuk menghantar dan mengambil keputusan ujian speismen darah. Hal ini agak membebankan dan mengambil masa yang lama.
Kemajuan dalam bidang teknologi juga telah meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit. Para jururawat mempunyai lebih masa bersama pesakit untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang baik.Selain itu, sebarang permasalahan atau tanda tanya mengenai penyakit boleh diterangkan melalui grafik serta video yang banyak terdapat di carian laman sesawang. Antaranya, pesakit boleh mencari maklumat dengan lebih lanjut hanya dengan menaip di Google, Wikepedia, Internet Explorer dan sebagainya. Para doktor dan jururawat juga boleh membantu pesakit dalam menyediakan bahan bacaan yang sesuai dengan umur dan tahap pengetahuan pesakit melalui pembacaan daripada internet supaya pesakit tidak berasa keliru dengan pelbagai sumber maklumat.
Masa berharga bersama pesakit |
Sejak menggunakan sistem C-Hets, doktor dan farmasi tidak perlu lagi untuk menulis preskripsi ubat secara manual. Mereka hanya perlu masukkan senarai ubat yang hendak diberi melalui bahagian ubat dalam sistem ini. Manfaatnya, kesilapan pemberian ubat kepada pesakit dapat dikurangkan sama ada daripada doktor mahupun jururawat. Ada sesetengah ubat yang mempunyai nama yang hampir serupa dan boleh menimbulkan kekeliruan.
Tidak dinafikan, penggunaan teknologi dalam bidang perubatan banyak memberi kesan dan impak yang positif. Bidang perubatan akan sentiasa maju ke hadapan sekiranya bergerak seiring dengan kemajuan teknologi.
0 comments:
Post a Comment